APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG COVID-19 (SARS-COV-2)?

Apakah itu coronavirus?

 

Coronavirus adalah kumpulan virus yang menyebabkan penyakit kepada haiwan dan manusia. Beberapa jenis coronavirus boleh menyebabkan selesema dan penyakit yang lebih serius seperti Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

 

Virus baru yang ditemui pada Disember 2019 dinamakan SARS-CoV-2 dan ia menyebabkan penyakit COVID-19.

 

Bagaimana melindungi diri daripada virus SARS-CoV-2 (COVID-19)?

 

Menurut World Health Organization (WHO), langkah-langkah pencegahan utama adalah:

  • Kerap membasuh tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya selama 20 saat. Sekiranya tiada sabun dan air, gunakan hand sanitizer yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol.
  • Elakkan menyentuh mata, mulut, dan hidung dengan tangan anda.
  • Gunakan tisu atau bahagian dalam siku untuk menutup hidung dan mulut anda ketika bersin atau batuk. Kemudian buang tisu dan basuh tangan anda dengan sabun dan air sekurang-kurangnya selama 20 saat.
  • Penjarakan Sosial. Sentiasa jarakkan diri sejauh 2 meters dari orang lain walaupun mereka tidak bergejala.
  • Sentiasa bersihkan dan disinfeksi permukaan yang kerap disentuh seperti meja, tombol pintu, kepala paip, kunci dan lain-lain lagi.

 

Apakah perbezaan antara pembersihan dan disinfeksi?

 

Adalah penting untuk menjaga rumah anda dan mengenali perbezaan antara pembersihan dan disinfeksi.

  • Pembersihan: Menanggalkan kesan kotoran, kerak kuning dan habuk
  • Disinfeksi: Membasmi kuman (istilah umum untuk virus, bakteria & kulat) pada permukaan yang keras tidak berliang dan permukaan lembut.

Pastikan anda rujuk kepada label produk untuk mengenali keberkesanan produk tertentu terhadap pelbagai jenis virus, bakteria dan kulat.

 

Adakah FamilyGuard Disinfectant Aerosol berkesan terhadap virus?

 

  • FamilyGuard Disinfectant Aerosol telah diuji terhadap pelbagai virus (seperti yang tertera pada label) dan terbukti untuk membasmi virus apabila digunakan pada permukaan yang keras tidak berliang seperti diarahkan.

 

Adakah FamilyGuard membasmi SARS-CoV-2, virus yang boleh menyebabkan COVID-19?

 

  • Ya. Kaedah ujian ASTM E1053 adalah metodologi yang diterima di peringkat antarabangsa. Ia menilai seberapa banyak virus yang boleh dijadikan tidak aktif. Metodologi ini mensimulasikan cara pengguna menggunakan produk untuk membasmi virus tertentu dengan disinfektan. Dalam kes ini, kami menguji FamilyGuard Disinfectant Aerosol terhadap virus SARS-CoV-2 dan terbukti untuk membasmi 99.9% virus ini.

 

Bagaimana mengguna FamilyGuard Disinfectant Aerosol dengan betul pada permukaan yang keras tidak berliang

 

Sila ikuti arahan kegunaan pada belakang pek:

  • Goncang sebelum setiap pengunaan
  • Untuk disinfeksi kuman pada permukaan yang keras tidak berliang: Semburkan permukaan yang telah dibersihkan sehingga basah. Biarkan produk kekal pada permukaan selama 5 minit.

 

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - www.who.int