SOALAN LAZIM

Temui jawapan bagi persoalan lazim mengenai FamilyGuard® dan produk kami.

Sebagai sebuah syarikat keluarga, kami mengambil berat untuk menjadikan kehidupan lebih bersih, lebih mudah dan lebih baik untuk keluarga. Kami ingin mendengar pendapat, cadangan dan soalan anda.

Talian bantuan produk pengguna kami gembira untuk membantu sekiranya anda mempunyai soalan atau komen mengenai produk pengguna Malaysia.

https://contact.scjbrands.com/en-au

FamilyGuard® dan syarikat induk kami, SC Johnson, menghargai kepercayaan anda pada kami apabila anda memberikan kami maklumat peribadi anda. Kami memandang serius terhadap privasi anda dan mengambil komitmen untuk melindunginya.

https://privacy.scjbrands.com/en-my

Kita semua mengambil berat tentang kandungan di dalam produk yang digunakan di dalam rumah dan sekitar keluarga kita. Di SC Johnson, kami bekerja keras untuk sentiasa memilih bahan yang lebih baik untuk kesihatan, alam sekitar dan prestasi produk. Kami gembira menyediakan maklumat ini supaya anda boleh membuat keputusan termaklum untuk kediaman dan keluarga anda.

https://www.whatsinsidescjohnson.com/my

Banyak elemen produk dan pembungkusan FamilyGuard® boleh dikitar semula.

Dengan memperbaikikan produk kami, menggalakkan pilihan mesra alam, mengurangkan kegunaan sumber dan sisa, kami sentiasa berusaha untul menghasilkan produk yang berasa ceria digunakan di rumah anda.

Bekas aerosol FamilyGuard® yang telah kosong boleh dikitar semula jika majlis perbandaran anda menerima aerosol. Kami mencadangkan supaya anda menghubungi pusat kitar semula setempat anda untuk maklumat mengenai aerosol. Botol dan plastik isian semula FamilyGuard® boleh dikitar semula di kebanyakan program kitar semula komuniti.

Sentiasa baca arahan pada label belakang sebelum menggunakan sebarang produk FamilyGuard® dan ikuti arahan pengunaan. Uji produk di kawasan yang kurang ketara sebelum digunakan. Sekiranya terdapat keraguan mengenai kesesuaian pada permukaan anda, rujuk arahan pengeluar.

Cari produk FamilyGuard® yang betul untuk rumah anda.

Produk FamilyGuard® tersedia di Pasaraya Besar, Pasaraya, Kedai Serbaneka dan farmasi di seluruh Malaysia. Cari produk FamilyGuard® yang betul untuk rumah anda.